Tentera Laut Imperial Jerman (Jerman: Kaiserliche Marine, "Tentera Laut Imperial") adalah
tentera laut yang diasaskan pada masa penubuhan
Empayar Jerman. Ia wujud pada tahun 1871 sehingga 1919, berkembang dari
Tentera Laut Prusia yang kecil dan
Norddeutsche Bundesmarine, yang mana misi utamanya adalah untuk mempertahanan perairan pantai.
Kaiser Wilhelm II membesarkan tentera laut ini dan meluaskan misinya. Pemimpin utamanya adalah
Grossadmiral Alfred von Tirpitz (1849–1930), yang mana mengembangkan saiz dan kualiti tentera laut, dengan menerima pakai teori kuasa laut oleh ahli strategi Amerika
Alfred Thayer Mahan. Ia menyebabkan perlumbaan senjata dengan Britain di sebabkan Tentera Laut Jerman menjadi salah sebuah kuasa laut di dunia, kedua di belakang
Tentera Laut Diraja. Ketumbukan kapal-kapal permukaan Jerman menyaksikan kegagalan besar semasa Perang Dunia I; yang mana ia telah kalah dalam satu pertempuran penting,
Pertempuran Jutland. Walau bagaimanapun, armada kapal selam telah mengalami banyak pembesaran dan menjadi ancaman utama kepada sistem bekalan Britain. Tentera Laut Imperial dimusnahkan
dalam peristiwa Scapa Flow pada tahun 1919 oleh para pegawainya sendiri, selepas kekalahan Jerman. Kesemua kapal dalam Tentera Laut Imperial diberi awalan nama
SMS, untuk Seiner Majestät Schiff (Kapal Diraja).